Sebelum ini, silibus pendidikan asas untuk kanak-kanak di tabika, tadika dan prasekolah adalah untuk menguasai kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira, namun sekarang kemahiran tersebut sudah pun dikuasai oleh anak-anak sewaktu pembelajaran secara tidak langsung di rumah.
Oleh itu, KEMAS telah membangunkan Modul e-STREAM TABIKA KEMAS yang mana bidang seni dan nilai murni diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seperti TABIKA KEMAS Pintar STREAM di Chabau, Melaka yang bertemakan pendidikan “Aviation Model”.