YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan bersama bahagian-bahagian di bawah Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP).

Beliau yakin dan percaya, pembangunan yang terancang di KLIP akan memberi manfaat kepada ekonomi masyarakat setempat dan seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Selat Melaka merupakan antara selat yang sibuk di dunia dan kesibukan ini dijangka akan meningkat lebih 50 peratus pada masa hadapan.

MOF akan sentiasa melihat keperluan dan memberi keutamaan kepada pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.