YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama #TeamMOF untuk memastikan proses penyediaan #Bajet2022 bukan sahaja berjalan lancar, tapi juga dapat memberikan impak positif yang tinggi terhadap kesejahteraan #KeluargaMalaysia, perniagaan dan ekonomi negara.
Walaupun sudah berakhir waktu kerja, #TeamMOF tetap komited dalam memberikan usaha yang terbaik untuk penyediaan #Bajet2022. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dan bertungkus-lumus untuk #Bajet2022.