YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama H.E. Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Singapura, merangkap Menteri Penyelaras Polisi Ekonomi.

H.E. Heng Swee Keat merupakan kenalan lama sejak zaman beliau berkhidmat dengan CIMB.
Kali terakhir mereka berjumpa secara maya adalah semasa H.E. Heng Swee Keat memegang jawatan Menteri Kewangan Singapura dan beliau pula baru sahaja dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Sepanjang sesi kunjungan rasmi berlangsung, mereka telah berbincang dan bertukar pandangan mengenai polisi-polisi kewangan yang boleh melonjak perniagaan keluar dari belenggu pandemik COVID-19.
Selain itu, mereka juga berbincang mengenai kemampuan kerjasama berterusan antara negara-negara ASEAN untuk kesejahteraan rakyat rantau ini.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada H.E. Heng Swee Keat kerana sudi menerima kunjungan beliau dan berharap agar kerjasama rapat Malaysia-Singapura ini akan berterusan demi kebaikan semua.