Sesi Perbincangan bersama Wakil-Wakil Profesional Wanita Negeri Pahang

Sesi Perbincangan bersama Wakil-Wakil Profesional Wanita Negeri Pahang

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu wakil-wakil Profesional Wanita Negeri Pahang untuk mendapatkan pandangan dan cadangan untuk #Bajet2022.

Beliau menerima baik segala idea dan beliau berpendapat idea-idea yang diutarakan adalah amat penting untuk kita memandang perkembangan negara daripada sudut lain seperti sahsiah dan jati diri rakyat.

     
     
     
     

Beliau turut berharap agar golongan anak muda dapat mempelajari sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dijadikan pedoman untuk membentuk negara yang lebih sejahtera pada masa akan datang.