YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan susulan mengenai input #Bajet2022 bersama Menteri Kesihatan, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Seperti yang kita maklum, kapasiti kesihatan awam adalah amat penting dalam mendepani COVID-19. ⠀
Walaupun sudah lebih 90 peratus populasi dewasa telah divaksin lengkap, kita tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan sebegini. Kita masih perlu berhati-hati dan teruskan disiplin mengikuti prosedur operasi standard (SOP). ⠀
#TeamMOF akan terus memberikan fokus kepada kesiapsiagaan sistem kesihatan awam negara bagi memastikan #KeluargaMalaysia terus sejahtera.