Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama YB Menteri MOTAC

Sesi Perbincangan Bersama YB Menteri MOTAC

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mesyuarat berkenaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Turut bersama adalah Tan Sri Tony Fernandez, Ahli Majlis PPN serta Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. ⠀

Sektor pelancongan, seni dan budaya di Malaysia merupakan antara sektor paling terkesan ekoran krisis pandemik COVID-19. Kerajaan menerusi lapan pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 telah memperuntukkan beberapa inisiatif khas buat sektor ini, antaranya bantuan one-off RM500 untuk 17,000 pemandu pelancong berdaftar, pembiayaan mikro khas sektor pelancongan dengan peruntukan RM1.5 bilion dan RM200 juta bagi Pelan Pemulihan Pelancongan. ⠀ ⠀

Memandang ke hadapan, PPN akan menjadi tonggak kepada rancangan pemulihan sektor ini dengan mengambil pendekatan yang lebih inklusif demi kesejahteraan semua.

Arkib Foto

Logo Accessibility