YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan mengenai penambahbaikan sistem pengangkutan awam bersama YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan.
Turut bersama adalah barisan kepimpinan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan, serta wakil dari MRT.

Pengangkutan awam, khususnya tren seperti MRT dan LRT telah menjadi sinonim dengan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja bagi mereka yang berkerja di bandar, malahan juga buat murid-murid sekolah. Sebagai antara mod pengangkutan awam yang utama hari ini, Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menambah baik mutu perkhidmatan agar kemudahan ini dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. ⠀
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut dan pihak MOF akan meneliti cadangan-cadangan yang telah dibentang.