Sesi Perbincangan Focus Group #Bajet2022

Sesi Perbincangan Focus Group #Bajet2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan focus group #Bajet2022 secara maya bersama Kementerian Sumber Manusia, PERKESO, dan wakil industri mengenai isu pekerjaan, yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia. Topik perbincangan adalah mengenai pemulihan ekonomi yang secara langsung akan menambah baik prospek pekerjaan di Malaysia.

Dalam menghadapi pandemik COVID-19, terdapat ramai individu yang terjejas mata pencarian, khususnya mereka yang bekerja di sektor yang terkesan. Oleh itu, di bawah pakej rangsangan ekonomi dan #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif dan insentif bagi mencipta dan mengekalkan pekerjaan seperti Penjana Kerjaya 2.0 dan Program Reskilling & Upskilling. Lebih RM18 bilion telah dibelanjakan melalui Program Subsidi Upah dan elaun pencarian pekerjaan setakat ini.

Bagi tahun 2022, ekonomi negara akan bertambah baik dan pada masa yang sama, Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan agar kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan terus terjamin.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan pekerjaan, orang ramai boleh layari di laman sesawang seperti berikut: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat