YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah bersama-sama YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Air Dan Sumber Asli (KASA) dan YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan (KWP), dalam dua sesi mesyuarat berasingan bagi perbincangan lanjut mengenai projek tebatan banjir dan isu banjir kilat. ⠀
![]() |
![]() |
Kerajaan sentiasa memandang serius isu tersebut. Oleh itu, pada bulan Mac lalu, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah mengumumkan peningkatan dan penyegeraan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15 bilion untuk tempoh tahun 2023 sehingga 2030. ⠀

Kementerian Kewangan akan sentiasa bekerjasama rapat dengan KASA dan KWP bagi memastikan usaha ini mencapai objektifnya demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.