YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan bersama YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II dan kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat Pasca Kabinet.
Bagi beliau, untuk menjadi sesebuah pasukan yang mantap, pasukan tersebut haruslah sentiasa ‘in sync’ atau segerak bagi memastikan segala keputusan yang dibuat dapat dicapai dengan kata sepakat. Beliau yakin YB Timbalan Menteri Kewangan I dan Timbalan Menteri Kewangan II akan memberikan 110% tenaga dan dedikasi untuk memastikan MOF terus proaktif dalam melaksanakan amanah yang diberi.