Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi perbincangan PPN bersama parti-parti politik

Sesi perbincangan PPN bersama parti-parti politik

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama parti-parti politik untuk mendapatkan input-input yang boleh menambah baik PPN.

Bagi beliau, ini adalah antara satu contoh sifat keterbukaan Kerajaan dalam mengemudi negara.

Beliau percaya bahawa sesi konsultasi sebegini adalah amat penting bagi memastikan suara semua pihak dapat didengari tanpa mengira latar belakang atau parti politik yang disokong.

Dalam mendepani cabaran wabak COVID-19, bantuan untuk semua pihak harus dihulur melangkaui perbezaan pendapat dan matlamat politik masing-masing.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) atas kesudian untuk bertemu dan berbincang bersama beliau.

Pihak MOF juga akan meneliti dan mempertimbangkan input-input yang telah diberi.

Arkib Foto

Logo Accessibility