Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan PPN Bersama Parti Politik DAP

Sesi Perbincangan PPN Bersama Parti Politik DAP

Dalam semangat demokrasi dan keterangkuman untuk semua lapisan masyarakat, serta memastikan tidak ada yang ketinggalan dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi perundingan PPN bersama pelbagai parti politik.

Perwakilan Democratic Action Party (DAP) yang diwakili oleh YB Tuan Lim Guan Eng, YB Tuan Tony Pua Kiam Wee dan YB Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu telah hadir dan mengambil bahagian dalam perbincangan terperinci mengenai langkah-langkah yang akan diambil melalui PPN sepanjang bulan-bulan yang akan mendatang.

Bagi beliau, ini juga merupakan peluang untuk mendengar maklum balas dari perspektif parti DAP mengenai situasi di luar sana dan mengumpulkan lebih banyak maklumat bagi menambah baik serta mempertingkatkan lagi PPN.

Arkib Foto

Logo Accessibility