YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili oleh YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre Haji Mohd Akin, YB Tuan Wong Chen dan YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Kementerian Kewangan sentiasa bersifat terbuka dalam mendapatkan input, selaras dengan salah satu prinsip utama PPN iaitu pendekatan ‘Whole of Government and Society’ yang mengambil kira cadangan dan saranan daripada semua pihak tanpa mengira status mahupun latar belakang politik.
Beliau turut menyatakan dalam melaksanakan sebuah pelan yang dinamik, Kerajaan komited untuk meneruskan sesi konsultasi bersama semua pihak bagi memastikan inisiatif dan program yang dirangka mengambil kira semua aspek penting dan menghasilkan impak yang terbaik demi kesejahteraan semua.