Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi perbincangan serta taklimat berkaitan e-Hailing

Sesi perbincangan serta taklimat berkaitan e-Hailing

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri satu perbincangan serta taklimat berkaitan.

e-hailing secara maya bersama para penyedia khidmat pengangkutan. Mereka adalah antara golongan yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19 berikutan kekurangan permintaan para penumpang ketika ini.

Antara cadangan yang diutarakan kepada beliau ialah syarat-syarat yang perlu dilonggarkan supaya para pemandu mendapat bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Beliau juga memohon kerjasama daripada para wakil e-hailing supaya memberikan input-input terkini agar segala maklumat dan permasalahan dapat beliau panjangkan kepada peringkat yang lebih tinggi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mewakili Gabungan e-hailing Malaysia, Persatuan Pemandu e-hailing Kuantan, Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-hailing Malaysia dan Persatuan Pemandu e-hailing Johor Bahru yang hadir pada sesi perbincangan tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility