Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Golongan Profesional Muda India

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Golongan Profesional Muda India

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi bertemu dengan golongan profesional muda India untuk mendapatkan cadangan dan input #Bajet2022.

Rata-rata mereka yang hadir adalah penggiat industri kreatif di kalangan kaum India. Terdapat pelbagai perkara dapat dikongsikan dan dibincangkan sepanjang sesi perbincangan tersebut.

Beliau berharap perjumpaan sebegini tidak terhenti di sini sahaja. Beliau serta #TeamMOF akan mengambil kira segala saranan dan cadangan dalam merangka #Bajet2022. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dalam sesi pertemuan tersebut.