YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang di Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk bertemu para mahasiswa untuk mendapatkan input-input #Bajet2022.
Beliau sangat teruja sepanjang perjumpaan bersama para mahasiswa dan mereka turut memberikan serta mengutarakan cadangan-cadangan yang baik dan menarik.
Bagi beliau, para mahasiswa kelihatan sangat cekap dan bijak dalam melontarkan idea-idea untuk #Bajet2022. Beliau akan membawa dan meneliti semua cadangan ke peringkat lebih tinggi.