Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Para Pengusaha Food Truck di Pantai Cenang, Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Para Pengusaha Food Truck di Pantai Cenang, Pulau Langkawi, Kedah

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan para pengusaha food truck dan para pengunjung di tapak food truck Pantai Cenang, Pulau Langkawi, Kedah.


Beberapa pengusaha food truck yang telah beliau ketemui turut berkesempatan memberitahu beliau, mereka telah membuka semula perniagaan mereka menggunakan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan. Para pengusaha turut berkesempatan merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan.


#TeamMOF akan cuba sedaya upaya untuk menambah baik dalam menjaga kebajikan rakyat.


Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Haji Saiful Anwar Azmi dan bekas Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir. Haji Nawawi Ahmad kerana turut hadir sepanjang sesi perjumpaan.