Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Pemain Industri ‘Gig Economy’

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Pemain Industri ‘Gig Economy’

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama pemain industri ‘gig economy’ untuk sesi konsultasi #Bajet2022 di Gombak, Kuala Lumpur.

‘Ekonomi gig’ atau turut dikenali sebagai ‘Gig Economy’ adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu menggajikan pekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain, ‘freelancer’ yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa perlu bekerja secara rutin harian iaitu jam 9 pagi hingga 5 petang. Antaranya seperti pemandu Grab, penghantar makanan Foodpanda, artis solek, youtuber, influencer dan lain-lain lagi.

 

Sepanjang sesi perjumpaan, semuanya berjalan lancar dan secara tidak langsung beliau dapat menyelami situasi yang sedang berlaku. Contohnya seperti golongan artis solek yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang berlarutan selama 2 tahun sehingga ada yang di antara mereka terpaksa gulung tikar.