Sesi Perjumpaan #Bajet2022 Bersama Profesional Muda Lembah Klang

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 Bersama Profesional Muda Lembah Klang

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama Profesional Muda Lembah Klang.

Beliau yakin dan percaya dalam usaha menjayakan fokus 'recovery', 'resilient' dan 'reform' dalam #Bajet2022 dan sememangnya memerlukan pandangan daripada semua pihak.

Terdapat pelbagai pandangan dan idea yang segar serta menarik telah beliau terima pada sesi pertemuan tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan pandangan.

 

Beliau akan memastikan idea dan pandangan dapat diketengahkan dalam #Bajet2022 mengikut keseimbangan dan keperluan rakyat.