Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Usahawan Kedai Gamat di Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Usahawan Kedai Gamat di Pulau Langkawi, Kedah

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di kedai gamat popular di Pulau Langkawi, Kedah iaitu Nusantara Maju Enterprise.

Beliau turut berkesempatan berbual dengan pemilik kedai dan beliau dimaklumkan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan para pelancong tidak dapat datang ke Pulau Langkawi, perniagaan mereka masih boleh bertahan kerana jualan dalam talian agak menggalakkan.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya untuk usahawan-usahawan tidak kira kecil atau besar untuk memanfaatkan penggunaan internet yang sangat bagus untuk pemasaran produk pada zaman ini lebih-lebih lagi di waktu pandemik COVID-19 seperti sekarang.