Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Wakil Industri Kreatif, Seni & Budaya

Sesi Perjumpaan #Bajet2022 bersama Wakil Industri Kreatif, Seni & Budaya

Antara tarikan pelancong luar ke Malaysia pastinya seni dan budaya warisan kita. Lebih istimewa lagi kerana di Malaysia, seni warisan yang disajikan adalah warisan daripada berbilang kaum.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Blue Mansion, sebuah tapak warisan UNESCO di mana telah dibina pada kurun ke-19 oleh Cheong Fatt Tze dan rumah agam tersebut kini telah dipulihkan semula selepas lama terbiar. ⠀

Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan beberapa wakil industri kreatif, seni dan budaya untuk mendapatkan input bagi #Bajet2022 yang boleh memulih semula industri pelancongan negara dalam perjalanan kita keluar dari belenggu pandemik ini. Antara yang menarik adalah pelan pembangunan bandar kreatif dan digital di Georgetown, di mana ia akan menempatkan sektor kreatif dan digital secara berdekatan bagi membolehkan kedua-dua sektor ini menyokong satu sama lain. ⠀

#TeamMOF sentiasa peka dengan usaha-usaha memartabatkan seni warisan negara. Sama ada warisan kaum Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum, semuanya adalah warisan kita sebagai #KeluargaMalaysia. Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan, RM20 juta bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan dan RM10 juta untuk memastikan bangunan warisan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan.