YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan landskap Bursa Malaysia dan impak pandemik COVID-19 terhadap pasaran.
Sepanjang sesi perjumpaan tersebut, beliau juga sempat bertanyakan dan berbincang berkenaan program-program literasi serta cara-cara untuk merakyatkan Bursa Malaysia.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi perbincangan.