Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perjumpaan bersama CEO Technology Depository Agency

Sesi Perjumpaan bersama CEO Technology Depository Agency

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Technology Depository Agency (TDA) di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

Sepanjang sesi perjumpaan, beliau berkesempatan mendapatkan perkembangan terkini berkenaan Industrial Collaboration Program (ICP) yang bertujuan memberikan manfaat kepada ekonomi negara melalui antaranya mengurangkan kebergantungan kepada negara luar dan membolehkan negara mengakses pasaran global serta pelaburan asing.

Beliau amat berpuas hati dengan semua informasi yang telah diberikan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada TDA yang turut memberikan sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility