YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berjumpa dengan #KeluargaMalaysia yang berkhidmat di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) sempena kehadiran beliau ke persidangan Mesyuarat Musim Bunga 2022 IMF dan WBG di Washington.

Beliau turut berkesempatan berkongsi berkenaan perkembangan semasa mengenai ekonomi negara dan juga perancangan jangka sederhana dan panjang mengenai usaha pembaharuan dasar serta penyusunan semula Malaysia.

Beliau juga telah menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan, terutamanya topik yang menyentuh mengenai ekonomi dan kedudukan kewangan negara, usaha Kerajaan dalam menangani dan menguruskan pandemik COVID-19 dan juga hal-hal lain seperti sistem pendidikan dan kemajuan bakat dan kerjaya di Malaysia.

Amat membanggakan bagi beliau dan pastinya negara kerana terdapat golongan profesional di kalangan anak Malaysia yang bekerja dengan institusi berprestij seperti IMF, WBG dan juga institusi yang ditadbir oleh WBG, iaitu Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC). Kehadiran mereka membuktikan bahawa bakat golongan profesional negara dihargai di serata dunia. Beliau turut berkesempatan merakamkan ucapan tahniah dan berharap agar mereka meneruskan usaha dalam mengharumkan nama negara di mata dunia.
![]() |
![]() |