YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang baru sahaja dilantik, YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi.
Dalam sesi perbincangan tersebut, terdapat pelbagai perkara yang telah disampaikan dan dibincangkan terutamanya berkenaan pembentangan #Bajet2022 di mana cukai pendapatan menyumbang lebih 50 peratus kepada Bajet Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun manakala cukai tidak langsung pula menyumbang sekitar 25 hingga 30 peratus, menjadikan cukai sebagai sumber utama pendapatan negara.
LHDNM juga merupakan antara pengkalan data utama untuk pemberian bantuan kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif Kerajaan.
Beliau yakin dan percaya, dengan pengalaman dan kepakaran YBhg. Datuk Mohd Nizom, LHDNM akan terus dipacu lebih maju di bawah pimpinan ketua baharu untuk memastikan hasil negara kita akan terus menjadi benteng keamanan negara.