YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama pihak Malaysian Investment Development Authority (MIDA) untuk mendengar taklimat dan isu semasa tentang pelaburan luar negara dan pelaburan langsung untuk mempergiatkan lagi ekonomi negara terutamanya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia.

Beliau berharap negara Malaysia akan terus memahat nama di peringkat antarabangsa dan menumpukan kepada kestabilan dasar ekonomi yang baik bagi menarik kemasukan pelaburan asing ke dalam negara secara tidak langsung serta boleh membantu mengukuhkan prestasi ekonomi.

