YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bertemu dengan profesional dalam bidang alam sekitar untuk membincangkan bagaimana cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar dalam kita merangka Bajet yang lebih inklusif dan proaktif.
Seiring dengan pembangunan negara dan kebajikan rakyat, dalam masa sama, kita perlu memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terjamin untuk masa depan dan generasi akan datang.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan beliau akan sentiasa berhubung dari masa ke semasa dengan semua profesional alam sekitar yang hadir untuk mendapatkan input bagi merangka Bajet yang menyeluruh.