Pilih bahasa anda
Sesi perjumpaan YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) bersama YB Dato’ Sri Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadi platform strategik bagi Kementerian Kewangan mendapatkan input, pandangan dan cadangan secara langsung dalam merangka Belanjawan 2027, khususnya berkaitan pembangunan komuniti Orang Asli.
Kerangka Belanjawan 2027 dirangka dengan iltizam untuk memastikan setiap lapisan rakyat mendapat manfaat pembangunan secara inklusif, meliputi penyediaan keperluan asas, kesejahteraan isi rumah, peningkatan pendapatan, mobiliti sosial serta peluang kemajuan ekonomi. Usaha ini selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan tiada golongan atau wilayah tercicir daripada arus pembangunan negara.

Dalam konteks pembangunan Orang Asli, tumpuan diberikan kepada usaha pemerkasaan yang mampan dan berimpak tinggi, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan, penyediaan infrastruktur asas serta pengukuhan peluang ekonomi.

Turut hadir ialah Encik Eris Joshan a/l Chew Ho Beng, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Pasukan Belanjawan 2027.
