YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan secara maya bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang pernah terlibat dalam sesi libat urus Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini.
Dalam waktu pandemik ini, MOF telah banyak menyalurkan bantuan-bantuan kewangan untuk rakyat, beliau yakin dan percaya bahawa jabatan-jabatan dan agensi-agensi mempunyai ‘crowd’ tersendiri dalam kalangan masyarakat dan boleh menjadi penyampai maklumat utama bagi memastikan rakyat peka berkenaan bantuan-bantuan yang layak mereka terima.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat antaranya Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang hadir dalam pertemuan secara maya.

Sama-sama kita bekerjasama dalam memastikan bantuan-bantuan kepada rakyat berjalan dengan lancar.