Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertanyaan Lisan Berkenaan Program MyStep & Protege Di Dewan Negara

Sesi Pertanyaan Lisan Berkenaan Program MyStep & Protege Di Dewan Negara

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menjawab pertanyaan YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Azam Hamzah untuk Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara mengenai jumlah pekerjaan yang telah ditawarkan di bawah Program MyStep dan Protege.

Rumusan jawapan beliau adalah seperti berikut: ⠀

Bagi 2021, Kerajaan telah menempatkan lebih 558,000 peluang pekerjaan melalui 27 inisiatif di bawah Majlis Pekerjaan Negara, atau NEC, melebihi sasaran awal sebanyak 500,000 peluang pekerjaan; ⠀

Untuk MySTEP, sejumlah 63,000 penempatan berjaya dicapai manakala PROTEGE pula sejumlah 4,600 penempatan; ⠀

Bagi 2022, menerusi program JaminKerja di bawah #Bajet2022, RM4.8 bilion diperuntukkan untuk menempatkan 600,000 pekerjaan buat #KeluargaMalaysia⠀ ⠀

Setakat 15 Mac 2022, MySTEP telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai Kementerian dan GLC. Bagi program PROTEGE pula, sebanyak 507 peserta telah berjaya ditempatkan setakat 28 Februari 2022.

Arkib Foto

Logo Accessibility