Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertanyaan Menteri

Sesi Pertanyaan Menteri

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menjawab persoalan pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) daripada YB Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) mengenai bagaiman Kerajaan membiayai subsidi bernilai RM80 bilion dan pembaharuan dasar subsidi yang sedang dirancang.⠀⠀

Secara ringkasnya: ⠀⠀

Jumlah perbelanjaan subsidi oleh Kerajaan dianggarkan meningkat daripada RM31 bilion kepada RM77.7 bilion, susulan kenaikan harga global.

Peningkatan ini adalah demi memastikan #KeluargaMalaysia terus dilindungi daripada impak kenaikan harga barang. Oleh itu, sebarang kenyataan yang mengatakan jumlah subsidi telah turun adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya anggaran subsidi telah meningkat lebih sekali ganda. ⠀⠀ ⠀⠀

Memandangan harga komoditi global dijangka akan kekal pada paras tinggi untuk separuh tahun kedua 2022, strategi Kerajaan adalah untuk menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif yang telah dilaksanakan dan juga terus meneliti sumber hasil dan penjimatan tambahan bagi menampung keperluan tambahan subsidi bagi separuh tahun kedua 2022. ⠀⠀

Kerajaan juga telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaaan 3.1 pada 14 Julai 2022 mengenai langkah penjimatan untuk dilaksanakan oleh semua Kementerian dan agensi Kerajaan bagi menampung sebahagian daripada keperluan subsidi tambah. ⠀⠀

Buat masa ini, Kementerian Kewangan sedang memperincikan kaedah pelaksanaan subsidi secara bersasar bagi barangan bersubsidi seperti produk petroleum. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan yang lancar dan adil bagi seluruh #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility