Kerajaan sentiasa menitikberatkan kebajikan semua negeri dalam penyediaan bajet negara. YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak untuk mendapatkan input-input bagi Bajet 2023.

Selain cadangan-cadangan Bajet 2023, turut dibincangkan berkenaan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Turut hadir ialah YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak 1, YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak 2 merangkap Menteri MINTRED dan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Sarawak.

Terima kasih beliau ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi dan semua pegawai atas input-input yang sememangnya akan membantu dalam merangka sebuah bajet yang mampan demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.