Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Berkenaan Isu Penipuan Kewangan

Sesi Pertemuan Berkenaan Isu Penipuan Kewangan

YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bertemu dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Encik Kamaruddin (pesara guru berusia 85 tahun) berkenaan isu penipuan kewangan.

Kerjasama antara Kementerian Kewangan Malaysia, BSN, Lazada, pihak telco dan pihak polis telah berjaya memberkas scammer tersebut serta berjaya menyelesaikan siasatan dalam masa 7 hari sahaja.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Inspektor Sivalingam dan ASP James Lim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields yang telah bertindak pantas menyelesaikan kes tersebut. Pengalaman peribadi beliau melihat kecekapan PDRM membuatkan beliau berasa amat kagum. Beliau berharap kes-kes lain juga akan mendapat perhatian, supaya kita akan hidup lebih aman dan damai.

Kepantasan respon pihak berkuasa merupakan antara elemen paling penting untuk tangkap si penyangak dan merampas semula wang yang dicuri.

Kita mestilah memerangi isu penipuan kewangan ini secara habis-habisan. Adalah amat penting rakyat dan Kerajaan sama-sama menggembleng tenaga dan melawan isu penipuan kewangan tersebut.

Beliau juga akan terus berusaha dan bekerjasama bagi menumpaskan sindiket-sindiket isu penipuan kewangan. Bagi beliau, ini merupakan soal wang simpanan rakyat, wang pesara dan wang orang susah.

Arkib Foto

Logo Accessibility