Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Berkenaan Isu Penipuan Kewangan

Sesi Pertemuan Berkenaan Isu Penipuan Kewangan

YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bertemu dengan mangsa isu penipuan kewangan iaitu Encik Rizal dan isterinya, Puan Intan.

Bagi beliau, kes sebegini adalah amat serius dan beliau ingin mengetahui dengan lebih jitu kaedah scammer durjana menjerat mangsa dan mengubah wang.

Beliau juga berkesempatan membuat perbincangan dengan pihak berkuasa antaranya Bank Negara Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sebagainya.

Beliau juga telah membawa perkara tersebut kepada YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Dan Digital dan YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital.

Mereka juga turut berbincang bagaimana hendak menyekat iklan scammer di media sosial dan juga melalui Whatsapp, WeChat dan Telegram. Kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri amat komited untuk memerangi isu tersebut bahkan akan membawa beberapa cadangan tersebut ke Kabinet.

Kementerian Kewangan juga dalam perbincangan untuk menambah sumber kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan agar dapat beroperasi dengan lebih cekap.

Solusi yang beliau kemuka iaitu Security, Response & Recovery, Guarantee, Penalty juga sedang dibincangkan dengan kerjasama kementerian lain.

Beliau turut menekankan kepada orang ramai sekiranya berlaku kes penipuan kewangan, hubungi talian 997 dan laporkan kepada pihak polis serta-merta.

Arkib Foto

Logo Accessibility