YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Dr. Yacob Mustafa, Akauntan Negara Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
YBhg. Datuk Dr. Yacob akan bersara pada 5 Jun tahun ini setelah 35 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam dan merupakan antara orang yang banyak memberi tunjuk ajar sejak beliau masuk ke Kementerian Kewangan (MOF).
Dengan sikap yang mudah didampingi, tidak lokek dengan ilmu dan menunjukkan kepimpinan yang sangat baik, beliau yakin persaraan YBhg. Datuk Dr. Yacob akan menjadi satu kehilangan buat perkhidmatan awam.
Beliau berharap agar YBhg. Datuk Dr. Yacob akan terus menyumbang buah fikiran dan nasihat kepada Jabatan Akauntan Negara dan MOF selepas ini. Beliau mewakili warga MOF ingin mengucapkan selamat bersara dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa YBhg. Datuk Dr. Yacob dalam perkhidmatan awam.