Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama CEO CIMB Niaga

Sesi Pertemuan Bersama CEO CIMB Niaga

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Pak Tigor Siahaan, rakan sekerja semasa beliau menerajui Kumpulan CIMB sebelum ini. Ketika itu beliau adalah Pengerusi (Presiden Direktor) CIMB Niaga, sementara Pak Tigor Siahaan adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan masih kekal di jawatan tersebut sehingga kini.

Pelbagai cerita yang telah dikongsi sepanjang pertemuan dan beliau amat gembira apabila mengetahui syarikat itu berkembang dengan baik, dengan permodalan pasaran semasa sebanyak AS$1.8 bilion dan menggaji lebih daripada seramai 12,000 orang.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Pak Tigor dan pasukan di CIMB Niaga dan berharap agar akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Arkib Foto

Logo Accessibility