Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Direktor Utama Indonesia Stock Exchange

Sesi Pertemuan Bersama Direktor Utama Indonesia Stock Exchange

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Bapak Inarno Djajadi, Direktor Utama Indonesia Stock Exchange (IDX). Bapak Inarno juga merupakan rakan dan bekas rakan sekerja semasa beliau berada di CIMB dan PT Maybank Kim Eng.

Melihat kepada hubungan rapat dan kemampuan sektor perbankan Islam di kedua-dua buah negara, beliau berpendapat bahawa adalah sangat penting untuk meneruskan kerjasama bagi manfaat bersama.

Terdapat banyak persamaan di antara syarikat tersenarai awam Malaysia dan Indonesia, terutama sekali dari segi produk berasaskan Shariah. Jika aspek sebegini dapat diperkasakan, pastinya lebih banyak produk dapat dikembangkan dan akses pasaran dapat diperluaskan kepada pelabur di kedua-dua buah negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility