Sesi Pertemuan Bersama Felo Perdana

Sesi Pertemuan Bersama Felo Perdana

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima dua Felo Perdana yang ditempatkan di Kementerian Kewangan selama tempoh tiga bulan. Mereka adalah Encik Aqil Radzi dan Encik Colin Phang.

Encik Aqil Radzi merupakan lepasan graduan Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang dalam pengajian ijazah keduanya dalam bidang Data Sains Dan Analitik Bisnes, manakala Encik Colin Phang pula merupakan graduan Ekonomi Sains. Melihat kepada ‘resume’ mereka, kedua- duanya boleh beliau katakan hebat-hebat belaka. ⠀

#TeamMOF akan membimbing mereka sebaik mungkin. Pesanan beliau kepada mereka adalah “Always work hard, because at the end of the day, everything that we do is to benefit #KeluargaMalaysia.”⠀