YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah mengadakan kunjungan hormat ke Center Of Excellence Islamic Development Bank Kuala Lumpur (IsDB KL) untuk bertemu dengan Encik Abida, Ketua IsDB.
![]() |
![]() |
Semasa di Sharm El Sheikh, Egypt menghadiri persidangan IsDB, beliau telah bertemu dengan Encik Abida dan mereka telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan di Malaysia untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan-pelaburan berpotensi yang boleh dikembangkan di Malaysia.

Beliau juga berkesempatan membincangkan mengenai ‘transformation of technology’ yang boleh memanfaatkan kedua-dua pihak. Beliau akan terus berhubung rapat dengan Encik Abida untuk memastikan pertemuan tersebut akan berkembang sekali gus menjadi idea yang dapat dimanfaatkan.
