Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Ketua IsDB & YB Menteri MOSTI

Sesi Pertemuan Bersama Ketua IsDB & YB Menteri MOSTI

Susulan di Mesyuarat Tahunan Islamic Development Bank (IsDB) 2022 di Sharm El Sheikh, Mesir awal Jun lalu, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bertemu dengan Encik Mohamed Abida, Ketua IsBD Kuala Lumpur dan YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membincangkan berkenaan penerokaan potensi ‘technology transfer’ antara negara-negara anggota IsDB dengan Malaysia.

 

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan kemajuan pelbagai sektor dalam negara dan beliau pasti dengan kerjasama dua hala dengan negara-negara lain dapat memberi nilai tambah dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Semoga pertemuan tersebut menjadi titik permulaan dalam memastikan negara Malaysia dan juga negara-negara ahli mendapat manfaat dari penubuhan IsDB ini.

Arkib Foto

Logo Accessibility