Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Ketua Jabatan & Agensi Penguatkuasa

Sesi Pertemuan Bersama Ketua Jabatan & Agensi Penguatkuasa

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan.

Ini merupakan susulan daripada pertemuan pada 17 Ogos yang lalu. Sesi dialog tersebut dihadiri oleh 22 Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa. Beliau menekankan bahawa agenda untuk meningkatkan tatakelola akan diteruskan.

Perkara ini merupakan faktor penting dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran, serta menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.
Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, beliau arahkan kesepaduan dan kerjasama Agensi Kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif. Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa. NFCC perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi yang terus bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah ini. Beliau juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.

Adalah menjadi harapan besar buat beliau dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota Agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility