YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu Bapak Bahlil Lahadalia, Menteri Investasi Indonesia merangkap Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal.

Peluang sebegini beliau manfaatkan untuk bertukar-tukar pengalaman tentang inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan ekonomi negara masing-masing.

Peningkatan ekonomi kedua-dua negara sebenarnya akan menguntungkan rantau ASEAN secara keseluruhannya. Bagai aur dengan tebing, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama untuk meningkatkan ekonomi rantau ini.