YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Pak Budi Gunadi Sadikin, Menteri Kesehatan Indonesia yang juga merupakan rakan lama beliau sejak zaman beliau berada di sektor perbankan.

Pak Budi merupakan mantan Direktur Utama Bank Mandiri dan beliau sering berurusan dengan Pak Budi suatu ketika dahulu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka saling berkongsi pengalaman menyertai pentadbiran awam dan bagaimana pandemik COVID-19 telah mengubah suasana negara masing-masing.
