Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Menteri Kewangan Arab Saudi di Switzerland

Sesi Pertemuan bersama Menteri Kewangan Arab Saudi di Switzerland

Pada hari ketiga World Economic Forum 2022, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan H.E. Mohammed Abdullah Al-Jadaan, Menteri Kewangan Arab Saudi bersama Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), YBhg. Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad dan YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua Kerajaan.

Pelbagai aspek telah dibincangkan termasuk kerjasama dalam sektor pasaran Kewangan Islam dan kesihatan, dengan mengambil kira kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara dan kerjasama erat antara kedua-dua negara.

Beliau yakin Kerajaan Malaysia berupaya untuk melengkapi 'Vision 2030' Kerajaan Arab Saudi yang memberi penekanan kepada aspek masyarakat yang cergas, ekonomi yang berkembang maju dan negara yang bercita-cita tinggi, seterusnya memanfaatkan umat Islam.

Arkib Foto

Logo Accessibility