YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Bapak Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia.

Pak Luhut adalah seorang kawan yang beliau sudah kenali selama lebih 10 tahun. Perbincangan mereka antara lain berkisar sekitar peluang untuk pelaburan bersama Malaysia dan Indonesia, pembangunan pasaran modal Islam dan perdagangan karbon.

Peluang untuk kerjasama sebegini akan beliau manfaatkan demi kemaslahatan bersama rakyat Malaysia dan Indonesia.