Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Menteri Perdagangan Indonesia

Sesi Pertemuan bersama Menteri Perdagangan Indonesia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri bersama-sama YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri untuk sesi pertemuan bersama TYT Muhammad Lutfi, Menteri Perdagangan Indonesia dan segolongan peniaga Malaysia dan Indonesia.

Antara perkara yang diutarakan oleh KADIN Indonesia, Indonesia Business Council dan Malay Chamber of Commerce, Malaysia adalah penambahbaikan kerjasama dua hala di dalam sektor perniagaan Malaysia-Indonesia, terutama sekali ketika era pemulihan pasca pandemik.

Hal ini penting untuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Indonesia bagi membantu kedua-dua negara mencapai pertumbuhan yang lebih pesat pada tahun-tahun akan datang.

Arkib Foto

Logo Accessibility