Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama NGO-NGO Cina & India Kuala Selangor

Sesi Pertemuan bersama NGO-NGO Cina & India Kuala Selangor

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan memenuhi jemputan makan malam bersama NGO-NGO Cina dan India Kuala Selangor anjuran Pertubuhan Integrasi Nasional bersama-sama dengan YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau dan YB Tan Sri Noh turut berkesempatan menjelaskan beberapa langkah yang telah diambil Kerajaan untuk membantu rakyat semasa beberapa musibah yang berlaku seperti COVID-19 dan banjir besar serta langkah-langkah yang sedang dilaksanakan untuk membantu rakyat dan perniagaan untuk bangkit semula, yang mana kita sendiri boleh saksikan kini kegiatan ekonomi yang rancak berjalan di hampir kesemua sektor.


Kerajaan akan terus memberi penerangan tentang langkah-langkah yang sedang dilaksanakan dan akan disusun supaya rakyat dan perniagaan dapat menyambut semua usaha yang dilakukan agar ekonomi negara bukan sahaja kembali pulih, tetapi dapat melonjak lebih hebat lagi.

Arkib Foto

Logo Accessibility