YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan para pelajar Malaysia di Seoul.

Beliau turut berpesan dalam sesi tersebut supaya para pelajar berusaha untuk menimba ilmu dan mengaplikasi pelbagai teknologi Korea Selatan seperti AIOT, Metaverse, Block Chain, Smart City, business analytics system, Net-zero city, digitalization dan lain-lain.

Beliau turut menekankan selain kursus profesional, kursus perniagaan juga mesti dipelajari oleh mereka agar suatu hari nanti mereka dapat menjadi usahawan yang berjaya.
