YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Joseph Stiglitz, penerima anugerah Nobel dalam bidang Ekonomi di World Economic Forum, Davos, Switzerland semasa sesi Informal Gathering of World Economic Leaders (IGWEL): Preventing Recession.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Kristalina Georgieva, Pengarah Urusan, International Monetary Fund (IMF) dan dihadiri oleh tokoh-tokoh ekonomi dunia.

Beliau amat berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk berkongsi pendapat dan idea bersama mereka. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah konflik geopolitik, tekanan inflasi dan kebimbangan hutang. Ini adalah antara faktor yang membantutkan pertumbuhan ekonomi dan juga mampu mencetus kemelesetan global. Dasar dan amalan perniagaan yang mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi supaya lebih mampan dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang turut dibincangkan.